CLICK HERE FOR THOUSANDS OF BOOKS »

PADUAN KASIH KALI KE-.......

Assalamualaikom Sahabat-sahabat Lepasan Ma'hadul-Azhar yang diingati...

Selamat bertemu di alam siber. Blog ini diwujudkan sebagai alternatif untuk mengeratkan keakraban yang pernah terjalin ketika sama-sama menuntut ilmu di Ma'hadul-Azhar, Pokok Sena. Saya mengharapkan blog ini menjadi medan untuk kita sama-sama mengeratkan IKATAN sesama kita. Di sini, anda boleh menceritakan perkembangan hidup masing-masing, kehidupan peribadi, rumah tangga, pasangan hidup, anak-anak...
Anda boleh umumkan peristiwa menarik dalam hidup anda seperti jemputan kahwin, bertunang, menyambut cahaya mata baru, mendapat pekerjaan baru, dinaikkan pangkat...

Sebagai permulaan anda boleh poskan informasi anda seperti alamat, no telefon, pekerjaan, emel, blog atau website, anda juga boleh send gambar keluarga. Semua maklumat ini akansaya paparkan dalam blog ini untuk rujukan rakan-rakan yang hendak berhubung.

So, sesiapa yang hendak pos maklumat atau artikel sila poskan kepada moderator blog.

Moderator ILMAM88
Rohidzir Rais
wahbahz@yahoo.com
khatamirais@yahoo.com
019-5452750

Isnin, 9 Jun 2008

Pengajian Kitab Haqo'iq 'Ani At-Tasawwuf bersama Sheikh Al-Habib As-Syarif Yusuf Al-Hasani


Pengajian Kitab Haqo'iq 'Ani At-Tasawwuf bersama Sheikh Al-Habib As-Syarif Yusuf Al-Hasani
Rumah Haji Mat Nor, Gombak

No: 1769 2 A, Lorong Maulana, Batu 7, Jalan Gombak, Gombak.

Pagi: 9.00 pg - 11.00 pg

Malam: lepas maghrib - 9.00 mlm.

Kitab Haqo'iq 'Ani At-Tasawwuf ini merupakan karangan guru kepada Sheikh Yusuf Al-Hasani sendiri iaitu Sheikh As-Syarif Abdul Qadir Isa Al-Halabi, yang dikenali di bumi Syam sebagai Mujaddid dalam ilmu tasawwuf. Buku ini diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh murid Sheikh Yusuf sendiri iaitu Sidi Ust Mustofa At-Thoib Al-Kelantani.

Buku ini merupakan satu-satunya buku yg dikarang oleh Sheikh Abdul Qadir Isa Al-Halabi dalam rangka untuk menjelaskan makna sebenar tasawwuf itu sendiri dalam neraca syarak, berpandukan Al-Qur'an, As-Sunnah dan perkataan para salafus-soleh dan ulama' muktabar dari kalangan khalaf.

Buku ini juga menjawab pelbagai tohmahan yg dilemparkan ke atas golongan sufi secara amnya, dengan jawapan-jawapan yang bersandarkan Al-Qur'an, As-Sunnah dan perkataan Salafus-Soleh, juga perkataan2 para ulama' muktabar yang lain.

Buku ini sangat berguna untuk mereka yang sememangnya ikhlas dan jujur dlam ingin mengenali ilmu tasawwuf Islami yang sebenar, dan ingin mengikuti jalan kebenaran daripada Rasulullah s.a.w. itu sendiri.

Sheikh Yusuf Al-Hasani akan mensyarahkan buku tersebut dan di penghujung pengajian, Sheikh Yusuf akan mengijazahkan kitab tersebut kepada para penuntut ilmu yang mempelajari buku tersebut sepanjang pengajian berlangsung.

Buku ini boleh didapati dalam versi bahasa Melayu di tempat pengajian.

Tiada ulasan: