CLICK HERE FOR THOUSANDS OF BOOKS »

PADUAN KASIH KALI KE-.......

Assalamualaikom Sahabat-sahabat Lepasan Ma'hadul-Azhar yang diingati...

Selamat bertemu di alam siber. Blog ini diwujudkan sebagai alternatif untuk mengeratkan keakraban yang pernah terjalin ketika sama-sama menuntut ilmu di Ma'hadul-Azhar, Pokok Sena. Saya mengharapkan blog ini menjadi medan untuk kita sama-sama mengeratkan IKATAN sesama kita. Di sini, anda boleh menceritakan perkembangan hidup masing-masing, kehidupan peribadi, rumah tangga, pasangan hidup, anak-anak...
Anda boleh umumkan peristiwa menarik dalam hidup anda seperti jemputan kahwin, bertunang, menyambut cahaya mata baru, mendapat pekerjaan baru, dinaikkan pangkat...

Sebagai permulaan anda boleh poskan informasi anda seperti alamat, no telefon, pekerjaan, emel, blog atau website, anda juga boleh send gambar keluarga. Semua maklumat ini akansaya paparkan dalam blog ini untuk rujukan rakan-rakan yang hendak berhubung.

So, sesiapa yang hendak pos maklumat atau artikel sila poskan kepada moderator blog.

Moderator ILMAM88
Rohidzir Rais
wahbahz@yahoo.com
khatamirais@yahoo.com
019-5452750

Isnin, 23 Jun 2008

Kalam Ibn ‘Athaillah ke-22

Kalam Ibn ‘Athaillah ke-22 ( Edisi 1 )

Segala Qadar Allah Berjalan Dalam Setiap Naik Turunnya Nafas Hamba-HambaNya

Al-Imam Ibn ‘Athaillah AsSakandary telah merumuskan dalam kalamnya yang ke-22 sebagai berikut:

ما من نفس تبديه، وإلا وله فيك قدر يمضيه

“ Tidak ada nafas yang anda keluarkan melainkan bagi Allah s.w.t pada anda ada qadar yang dilansungkan (dijalankan) olehNya”

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:

“ Semua makhluk Allah baik yang berada di langit maupun yang berada di bumi semuanya memohon dan meminta kepadanya. Yang manakah dari kurnia Allah yang hendak kamu dustakan?” ( Ar-Rahman: 29-30)

Berkata sebahagian ulama’ Tasawwuf:

“ Baransiapa yang mendapatkan pada dirinya perubahan dan pertukaran dalam setiap nafas, maka beerti dia orang yang mengerti dengan maksud firmanNya Allah s.w.t. Setiap hari Allah ada urusanNYA.”

Ayat Al-Quran di atas meguatkan bahawasanya dunia yang besar ini semuanya diatur oleh Allah s.w.t dengan kekuasaanNya dan kebijaksanaaNya. Semuanya itu tidak dapat melepaskan diri dari Allah yang ada di bumi atau makhlukNya di langit. Sebab itu Allah pada setiap detik dan minit ada urusanNya. Inilah yang dimaksud oleh firman Allah di atas.

Kesimpulan:


1. Setiap nafas yang kita hirup dan kita keluarkan selalu diikuti dengan qadar-qadar Allah s.w.t kerana itu semua kejadian-kejadian pada diri kita adalah menurut qadar Allah s.w.t.

2. Sambutlah qadar-qadar Allah s.a.w itu dengan perasaaan ’ubudiyyah kehambaan kita selaku makhluk. Dan sesuaikanlah diri dengan Redha tawakal, sehingga dapat sejalan dengan qadar-qadar Allah s.w.t itu.

Terimalah dan teguhkanlah keimanan kepada Allah s.w.t dengan meyambut qadar-qadar Allah s.w.t itu, samada yang pahit, manis, tidak baik (pada pandangan kita). Tetapi jangan lupa kepada Allah semoga kita dengan kurnia-kurniaNya selalu dapat dituntun Allah kepada qadar-qadar yang baik dan manis.

3. Bersihkanlah hati dan perasaan yang tidak sepatutnya atas qadar Allah.

Tiada ulasan: